Di Malaysia, DAUN KETUM turut dikenali sebagai DAUN BIAK manakala nama saintifiknya pula ialah Mitragyra Speciosa. Pokok ketum sering menjadi tumpuan penagih sebagai alternative untuk menghilangkan ketagihan sementara. Biasanya daun ketum akan direbus terlebih dahulu sebelum diminum airnya yang pahit dan hanya boleh disimpan selama dua hari sahaja.
Pengambilan air rebusan daun ketum boleh memberikan dua kesan yang berbeza. Ianya akan memberikan kesan yang sama dirasai ketika mengambil morfin atau kokain. Kesan seperti mengambil morfin akan menyebabkan seseorang itu berasa mengantuk. Sementara kesan mengambil kokain pula akan menghasilkan tindakbalas yang meransangkan.
Kesan buruk lain:
Pengambilan rebusan daun ketum yang berterusan boleh mendatangkan beberapa kesan buruk, antaranya ialah kulit menjadi gelap, tubuh menjadi kurus kering, mata merah dan menjadi panas baran. Dari segi tingkah laku dan sifat, sama seperti yang dialami oleh penagih heroin. Pengambilan rebusan daun ketum secara kerap selama 3 bulan juga boleh mendatangkan masalah buah pinggang dan hati. Penagih juga sering berasa loya dan menghidap gastric yang serius. Kedaan ini pula lebih buruk daripada menagih heroin.
Nota:
Memiliki atau menjual daun ketum boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 30 (5) Akta Racun 1952 dimana denda sehingga RM 10,000 atau penjara sehingga 4 tahun atau kedua-duanya sekali.


No comments:
Post a Comment