Sunday, July 29, 2012

Superintendan polis didakwa (Selasa, 24 Julai 2012)


Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Kuala Langat, Superintendan Mohamad Radzi Ishak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian dua remaja lelaki berumur 15 tahun empat tahun lepas.

Mohamad Radzi, 54, yang berdiri di dalam kandang tertuduh didakwa memandu kereta bernombor pendaftaran BKA 8411 secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian penunggang dan pembonceng motosikal, Muhammad Luqman Hakim Mohamad dan Muhamad Khairol Khaizuran Mohammed Sani di Jalan Kebun di sini pada pukul 11.45 malam 14 September 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM5,000 dan RM20,000 selain lesen digantung.

Timbalan Pendakwa Raya, Aida Mastura Mohamed Aman mencadangkan agar Mohamad Radzi dibebaskan dengan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan lesen memandunya digantung.

Monday, April 9, 2012

Daun Ketum serta implikasinya

Di Malaysia, DAUN KETUM turut dikenali sebagai DAUN BIAK manakala nama saintifiknya pula ialah Mitragyra Speciosa. Pokok ketum sering menjadi tumpuan penagih sebagai alternative untuk menghilangkan ketagihan sementara. Biasanya daun ketum akan direbus terlebih dahulu sebelum diminum airnya yang pahit dan hanya boleh disimpan selama dua hari sahaja.
Pengambilan air rebusan daun ketum boleh memberikan dua kesan yang berbeza. Ianya akan memberikan kesan yang sama dirasai ketika mengambil morfin atau kokain. Kesan seperti mengambil morfin akan menyebabkan seseorang itu berasa mengantuk. Sementara kesan mengambil kokain pula akan menghasilkan tindakbalas yang meransangkan.
Kesan buruk lain:
Pengambilan rebusan daun ketum yang berterusan boleh mendatangkan beberapa kesan buruk, antaranya ialah kulit menjadi gelap, tubuh menjadi kurus kering, mata merah dan menjadi panas baran. Dari segi tingkah laku dan sifat, sama seperti yang dialami oleh penagih heroin. Pengambilan rebusan daun ketum secara kerap selama 3 bulan juga boleh mendatangkan masalah buah pinggang dan hati. Penagih juga sering berasa loya dan menghidap gastric yang serius. Kedaan ini pula lebih buruk daripada menagih heroin.
Nota:
Memiliki atau menjual daun ketum boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 30 (5) Akta Racun 1952 dimana denda sehingga RM 10,000 atau penjara sehingga 4 tahun atau kedua-duanya sekali.
ketum
IMG-2