Friday, February 6, 2009

Undang-Undang Yang Membantu Tugasan Anda



Ini Artikel Terbaru-TuanPengetahuan dan kefahaman tentang undang-undang akan membuatkan kita lebih yakin dan berani bertindak dalam sesuatu perkara yang berlaku didepan mata kita
Oleh itu anda perlu tahu!!!!




K.A.J
KANUN ATURCARA JENAYAH
BAB XII


TINDAKAN PENCEGAHAN OLEH POLIS

103. Polis hendaklah mencegah kesalahan boleh tangkap.

Tiap-tiap pegawai polis boleh menghalang bagi maksud mencegah dan hendaklah mengikut kesanggupannya menggunakan cara yang sah bagi mencegah berlakunya apa-apa kesalahan boleh tangkap.

104. Maklumat mengenai rancangan melakukan kesalahan boleh tangkap.

Tiap-tiap pegawai polis yang mendapat maklumat tentang rancangan hendak melakukan sebarang kesalahan yang boleh ditangkap, hendaklah menyampaikan maklumat itu kepada ketuanya dan kepada mana-mana pegawai yang menjadi tugasnya mencegah dan menjalankan tindakan terhadap kesalahan itu.

105. Tangkapan bagi mencegah kesalahan boleh tangkap.

Mana-mana Pegawai Polis yang mendapat tahu seseorang hendak melakukan kesalahan yang boleh ditangkap, bolehlah menangkap orang yang merancang itu tanpa menantikan hukuman daripada Majistret dan tanpa berwaran, jika nampaknya tiada boleh dicegahkan berlakunya kesalahan itu dengan jalan-jalan lain.

106. Mencegah kerosakkan kepada harta awam.

Seorang Pegawai Polis boleh dengan mengunakan kuasanya sendiri, mencegah daripada berlakunya sebarang kerosakkan yang cuba dilakukan terhadap mana-mana harta awam dalam pemandangannya,samada harta itu boleh alih atau tidak alih, ataupun terhadap pemindahan atau kerosakkan terhadap tanda-tanda atau boya ataupun lain-lain tanda pelayaran.



AKTA KESALAHAN KECIL 1955


KEMUDARATAN (NUISANCES)
12. Kesalahan berhubung dengan jalan awam

Sesiapa pun yang-
(a)Tanpa kuasa atau alasan yang sah meletakkan batu,bata atau lain-lain bahan atas mana-mana jalan awam yang boleh menyebabkan menghalang atau menyebabkan penguna jalan kurang menyenangkan;

(d) menyebabkan atau membiarkan barang-barang atau lain-lain bahan diletakkan atas mana-mana kaki lima awam atau bahagian lain sebatang jalan awam atau sebaliknya menyebabkan atau membiarkan barang-barang tersebut atau bahan-bahan lain menyebabkan menghalang atau menyebabkan perjalanan orang awam kurang menyenangkan untuk masa yang lebih dari masa mengisi atau memunggah barang-barang tersebut atau bahan-bahan lain;

Boleh dikenakan denda yang tidak melebihi lima puluh ringgit.


13. Bunyi bising yang keterlaluan.
(1) Sesiapa pun yang-
(a) diantara had mana-mana pekan atau kampung diantara masa tengah malam dan 6 pagi atau pada sebatang jalan awam atau tempat awam pada sebarang masa, memukul gendang atau tong-tong atau meniup tanduk atau nafiri, atau memukul atau membunyikan sebarang alat atau perkakas dengan cara yang boleh menganggu atau kurang menyenangkan kepada penghuni-penghuni mana-mana tempat kediaman yang berdekatan;atau

(b) memasang atau menyebabkan atau mengakibatkan pemasangan sebarang alat peti nyanyi atau alat pembesar suara atau “pianola” atau sebarang betuk muzik yang dihasilkan dengan cara mekanik atau elektrik dengan cara yang boleh menyebabkan gangguan atau kurang menyenangkan kepada penghuni-penghuni mana-mana tempat kediaman yang berkaitan ; atau

(c) memasang atau menyebabkan atau mengakibatkan pemasangan, di atau dekat sebarang jalan awam atau tempat-tempat awam atau dalam sebarang kedai, tempat-tempat kediaman bangunan atau tempat yang menyebelahi sebarang jalan awam atau tempat-tempat awam, sebarang alat peti nyayi atau pembesar suara atau sebarang alat lain yang menghasilkan bunyi atau muzik dengan cara yang boleh menganggu atau kurang menyenangkan penghuni-penghuni mana- mana tempat kediaman yang berhampiran,

Boleh dikenakan denda yang tidak melebihi seratus ringgit.

(2) Mana-mana polis yang berpangkat tidak kurang daripada Inspektor, atas aduan tuan rumah tentang bunyi sebarang alat berkenaan adalah membahayakan seorang pesakit yang tinggal berdekatan dengan tempat di mana alat yang berkenaan adalah dipasang, atau untuk sebarang sebab yang memadai, boleh memasuki tempat-tempat kediaman atau mana-mana tempat dimana tempat di mana alat berkenaan sedang dipasang, dan setelah memberi amaran menghentikannya, sama ada menanggalkan alat yang berkenaan atau dengan cara lain yang berpatutan.

(3) Tidak didalam seksyen ini yang boleh digunakan untuk sebarang muzik dimainkan oleh mana-mana angkatan bersenjata Malaysia atau oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan atau angkatan tentera pelawat atau oleh pasukan polis atau sebarang panggilan untuk sembahyang atau sebarang bunyi dihasilkan untuk tujuan agama atau wisel polis yang ditiupkan oleh sesiapapun untuk tujuan memanggil bantuan atau untuk tujuan yang munasabah sebarang tanduk,loceng,wisel atau alat sepertinya pada sebarang kereta, basikal atau kenderaan lain dijalan awam dengan tujuan mengelakkan kemalangan, atau untuk apa-apa perbuatan dengan kebenaran Ketua Polis.

14. Kelakuan Aib

Sesiapapun yang menggunakan perkataan-perkataan yang kurang sopan, mengugut, aib atau menghina atau berkelakuan dengan cara yang mengugut atau menghinakan,atau menampalkan,atau melekatkan atau mempamerkan sebarang kertas bertulis atau lukisan yang kurang sopan mengugut, aib atau menghinakan dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk menggangu keamanan, atau dimana keamanan mungkin terganggu boleh dikenakan denda tidak melebihi seratus ringgit.

15. Kemudaratan-kemudaratan lain
(1)Sesiapapun yang-
(a)(Dimansuhkan)
(b)Mandi di Tempat Awam
Mandi atau membersihkan dirinya atau orang lain, haiwan atau barang dijalan awam,atau didalam atau disebelah mana-mana tangki awam,ampangan,saluran air tepi jalan, laluan air atau anak sungai dimana penggunaan untuk mandi telah dilarang oleh Ketua Polis atau mana-mana pihak yang berkuasa yang sah;

(c)Menggangu orang mandi

Menganggu atau mengacau seseorang yang sedang mandi disebarang tempat yang dikhaskan sebagai tempat-tempat mandi dengan sengaja,atau dengan membersihkan mana-mana haiwan dekat atau di tempat-tempat yang sepertinya, atau dengan cara lain;

(d)Meludah

Meludah dalam kedai kopi,kedai makan,sekolah atau tempat awam atau dalam mana-mana bas “troli”, keretapi atau mana-mana kenderaan awam atau di atau dekat sebarang jalan awam:

Dengan syarat bahawa tiada sesuatu apapun dalam perenggan ini melarang sesiapapun daripada meludah kedalam bekas-bekas yang disediakan untuk tujuan berkenaan atau kedalam mana-mana longkang,

Boleh dikenakan denda yang tidak melebihi seratus ringgit

(2) Menampal poster-poster atau sebaliknya mencacatkan harta, dll.
Sesiapapun yang tanpa kuasa dalam kes harta benda awam atau tanpa izin tuan punya atau penghuni dalam kes harta benda persendirian-

(a) Melekatkan atau menyebabkan melekatkan sebarang iklan,bil atau notis,atau sebarang kertas atau sepanduk kepada atau pada sebarang harta benda;

(b) Menulis,membuat tanda-tanda,merosakkan atau menconteng dengan kapur atau cat atau dengan sebarang cara sebarang harta benda;

(c ) Merosakkan ,mengubah, atau menanggalkan sebarang harta benda;

Boleh dikenakan penjara yang tidak melebihi setahun atau denda yang tidak melebihi seribu ringgit atau kedua-duanya sekali.

Dalam seksyen kecil ini rangkaikata “harta benda” termasuklah mana-mana bangunan,dinding,jalan,pagar,pokok,lampu,tiang lampu atau telefon, lampu isyarat lalu lintas dan papan notis (kenyataan).



AKTA PENDAFTARAN NEGARA


Photobucket

6. Orang yang kepadanya suatu kad pengenalan telah dikeluarkan hendaklah selepas itu dan selagi dia masih menjadi orang berdaftar atau orang berdaftar semula dibawah peraturan-peraturan ini, pada setiap masa membawa pada dirinya kad pengenalan dan tertakluk kepada peruntukkan-peruntukkan peraturan-peraturan ini,bertanggungjawab atas penjagaannya.

7.(1) Mana-mana orang yang bukannya seseorang yang dikecualikan dibawah peraturan 27 hendaklah, apabila diminta oleh mana-mana pegawai pendaftaran, pegawai imigresen,pegawai polis,pegawai kastam,atau mana-mana anggota anggkatan tentera semasa menjalankan tugas menjaga atau mengawas, dan mana-mana pegawai atau kelas atau perihalan pegawai awam lain yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah,mengemukakan kad pengenalannya untuk pemeriksaan.

(2) Mana-mana pegawai selain daripada-

(a) seorang pegawai polis beruniform atau,
(b) seorang anggota anggkatan tentera persekutuan yang beruniform dan semasa bertugas seperti yang tersebut diatas,

Yang berupa sebagai bertindak dibawah peruntukkan-peruntukkan sub peraturan
(1) hendaklah, jika diminta sedemikian oleh mana-mana orang yang daripadanya dia dikehendaki mengemukakan kad pengenalan, mengemukakan untuk pemeriksaan oleh orang itu kuasa bertulis yang disebut dalam sub peraturan itu.

8.(1) Mana-mana pegawai berkuasa sebagaimana yang ditakrifkan oleh akta kawasan larangan dan tempat larangan 1959 atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah boleh menurut budi bicaranya menghendaki mana-mana orang yang memasuki atau dijumpai didalam mana-mana kawasan larangan atau tempat larangan yang diluluskan oleh Ketua Pengarah bagi maksud-maksud peraturan ini supaya mengemukakan kad pengenalannya dan boleh memegang simpanya selama orang itu berada didalam kawasan atau tempat itu.


(2) Apabila mana-mana pegawai berkuasa atau orang lain memegang simpan mana-mana kad pengenalan pada menjalankan kuasa-kuasa dibawah sub peraturan satu (1) dia hendaklah mengeluarkan suatu pas dan pas itu hendaklah dipulangkan kepada pegawai berkuasa apabila mengambil balik kad pengenalan itu.

(3) Senarai kawasan dan tempat yang diluluskan oleh Ketua Pengarah dibawah sub peraturan satu hendaklah disiarkan dalam warta dan boleh dipinda dari semasa ke semasa.

(4) Adalah menjadi suatu kesalahan yang boleh dihukum dibawah peraturan 25 bagi mana-mana orang tak berkuasa untuk memegang simpan mana-mana kad pengenalan selain daripada kad pengenalannya sendiri.

9. Apabila-
(a) Mana-mana orang-
(i) Yang dikehendaki didaftarkan dibawah peraturan-peraturan ini atau
(ii) Yang dikecualikan daripada pendaftaran dibawah peraturan-peraturan ini,
Memohon kepada mana-mana pihak berkuasa untuk diberikan apa-apa lesen,permit atau dokumen lain oleh pihak berkuasa itu; atau

(b) Mana-mana pihak berkuasa menjalankan mana-mana fungsinya yang sah,
Pihak berkuasa itu boleh menurut budi bicaranya, menghendaki pemohon mengemukakan kad pengenalanya; dan jika pemohon itu apabila dikehendaki sedemikian tidak mengemukakan kepada pihak berkuasa itu kad pengenalanya atau bukti lain hingga memuaskan

15. (1) Mana-mana orang yang didaftarkan dibawah peraturan-peraturan ini yang menukarkan tempat kediamannya ke suatu tempat dimana dia mungkin tinggal selama tempoh 90 hari atau lebih hendaklah melaporkan tentang pertukaran itu dan hendaklah memohon mendapatkan kad pengenalan gantian yang mengandungi butir-butir tentang kediamanya yang baru itu samada-

(a) kepada Ketua Pengarah; atau

(b) kepada Pegawai yang menjaga pejabat pendaftaran yang terdekat,
Dalam masa 14 hari daripadanya dalam borang yang ditetapkan dalam jadual kedua dan yang hendaklah diisi dengan sempurnanya dan diserahkan sendiri atau melalui pos kepada ketua pengarah atau pegawai yang menjaga pejabat pendaftaran yang terdekat, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan bayaran pos percuma .

25. (1) Mana-mana orang yang-
(L) Dengan menyalahi undang-undang melucutkan kad pengenalan daripada mana-mana orang;
(m) Membantu atau bersubahat melakukan apa-apa kesalahan terhadap peraturan-peraturan ini;
(n) Gagal mematuhi peraturan 6 atau 7; dan
(o) Tanpa kuasa yang sah atau sebab yang munasabah dengan disedari memiliki suatu kad pengenalan yang bukan kepunyaanya,
Adalah melakukan suatu kesalahan terhadap peraturan-peraturan ini dan apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau denda tidak melebihi RM 3000 atau kedua-duanya sekali.

(2) tiap-tiap kesalahan dibawah perenggan (a),(d),(e),(i),(j),(L), atau (n) sub peraturan

(1) Adalah kesalahan boleh tangkap bagi maksud undang-undang yang berhubungan dengan prosedur jenayah.

(2) Apa- apa kesalahan yang boleh dihukum dibawah perengan (a),(h), atau (n) sub peraturan (1)boleh,menurut budi bicara

(a)Ketua pengarah atau pegawai pendaftaran yang dibenarkan sedemikian olehnya secara betulis;
Atau
(b)Seorang ketua pegawai polis atau mana-mana pegawai polis yang menjaga sesuatu daerah polis,Dikompaunkan dengan menerima daripada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu sejumlah wang yang tidak melebihi RM 200.

No comments:

Post a Comment